SIARAN AKHBAR

S.A. 2021/01/12 (HQ)

PELANGGAN KEDAI TENAGA (KT) TANAH MERAH DISARAN KE KT BERHAMPIRAN

  • Susulan kebakaran Aras 1 Pejabat TNB Tanah Merah

Pelanggan Kedai Tenaga (KT) di Pejabat TNB Tanah Merah disaran untuk ke KT terdekat iaitu Machang, Jeli dan Pasir Mas untuk urusan berkaitan Tenaga Nasional Berhad.

Ia berikutan penutupan premis tersebut akibat kebakaran di aras satu bangunan itu pada jam 9:40 pagi ini.

Kejadian disedari anggota kerja yang terlihat asap dari tingkap aras satu yang juga menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pihak Bomba tiba pada jam lebih kurang 10.00 pagi dan berjaya memadamkan api di aras satu sepenuhnya, dalam anggaran tempoh sejam.

Punca kejadian sedang disiasat.

Dikeluarkan di Kuala Lumpur pada 8 Januari 2021, jam 3:00 petangUntuk pertanyaan lanjut media, sila hubungi Fitri Majid 013-3626923 /Grace Tan 016-6626229 /Nasir Aziz 018-9434524

atau emel kami: media@tnb.com.my

This is an excerpt of the original content. To continue reading it, access the original document here.

Attachments

  • Original document
  • Permalink

Disclaimer

TNB - Tenaga Nasional Berhad published this content on 08 January 2021 and is solely responsible for the information contained therein. Distributed by Public, unedited and unaltered, on 08 January 2021 07:33:02 UTC